Monday, March 11, 2013

RESEPI KEK COKLAT MOIST DAN KEK COKLAT KUKUS

Assalamualaikum..di sini saya nak berkongsi ilmu cara-cara membuat kek coklat moist dan kek coklat kukus..saya harap anda dapat mencubanya sendiri kerana ianya mudah untuk disediakan.

      

kek coklat moist

Bahan-bahan ( 1kg ++ )

  • 1 cawan serbuk coklat
  • 1 cawan gula perang
  • 1 cawan susu coklat dutch lady
  • 1 cawan minyak masak
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 1/2 cawan tepung gandum (ayak dengan 1 sk soda bikarbonat + 1 sk serbuk penaik)
  • 3 biji telur

Cara-cara

  1. ayak tepung bersama dengan soda bikarbonat dan serbuk penaik...asingkan
  2. masukkan serbuk coklat, gula perang, susu coklat, minyak dan susu ke dalam periuk. Kacau dengan api yang perlahan sehingga gula larut. tutup api.
  3. pukul telur dan masukkan ke dalam bancuhan no.2 di atas.
  4. masukkan tepung yang telah diayak tadi ke dalam bancuhan td...kacau sebati..
  5. lumurkan marjerin pada loyang...masukkan adunan yang telah sebati..kukus selama 1 jam atau sehingga masak..
  6. * agak-agak dah 1 jam...cucuk dengan garfu...kalau licin maknanya dah masak la tu...
  7. untuk topping: cairkan 2 sudu marjerin..masukkan 1 sudu serbuk coklat...dan 3 sudu susu pekat...@ ikut selera masing-masing
  8. untuk hasil yang terbaik...lepas kek dah siap dikukus...keluarkan sekejap...terus letak topping...dan taburkan coklat rice...biarkan semalaman...lebih moist dan sedap... 


Resepi-kek-coklat-kukus-moist        
kek coklat kukus
    • 1 cawan serbuk koko
    • 1 cawan gula pasir
    • 1 cawan susu cair
    • 1 cawan minyak masak
    • 1/2 cawan susu manis
    • 1 1/4 cawan tepung gandum
    • 1 tsp baking powder
    • 1 tsp soda bicarbonate
    • 3 biji telur
    • untuk topping coklat:
    • 250 gm coklat masakan.
    • 1 sudu besar butter
    • 125 ml susu coklat.
    • sedikit gula...kalau tak nak manis sangat tak perlu tambah gula.

    Cara-cara

    1. sediakan periuk.masukkan gula pasir, serbuk koko, susu cair, susu manis, minyak dalam periuk dan masak hingga larut.
    2. tepung gandum, soda bicarbonate dan baking powder diayak.
    3. kemudian, telur dipukul kembang dan dicampur dgn campuran koko tadi.Gaul rata dan campur tepung.
    4. setelah di gaul sebati tuang ke dlam loyang.jangan sampai penuh sebab adunan akan naik.
    5. setelah itu, tutup loyang dengan aluminium foil agar tiada air jatuh diatas kek. dan kukus selama 1 jam di atas pengukus.
    6. untuk masak topping coklat:
    7. satukan semua bahan. gunakan kaedah double boil.. tapi menggunakkan api yang perlahan. kacau sehingga pekat. tutup api. biar seketika baru la dicurah ke atas kek.

2 comments:

  1. Insyaallah.. nk cuba buat nanti.. tq..akak sudi kongsikan di blog..

    ReplyDelete
  2. Assalam. Apa beza serbuk coklat dan serbuk koko? Dua2 resepi pakai serbuk yg berbeza

    ReplyDelete