Tuesday, March 12, 2013

ADAB DENGAN IBU BAPA

MAKSUD ADAB DENGAN IBU BAPA
· Bersopan santun kepada ibu bapa dalam pertuturan, perbuatan dan tingkah laku.
· Ibu bapa merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kelahiran anak
· Ibu mengandung akan melahirkan anak
· Ibu bapa juga bertanggungjawab menyara nafkah anak, memberi kasih sayang, dan pendidikan kepada anak
· Oleh itu, setiap anak wajib taat kepada ibu bapanya
· Menderhaka kepada ibu bapa hukumnya adalah haram dan berdosa besar
· Anak yang derhaka akan dimasukkan ke dalam neraka
CARA MENGHORMATI IBU BAPA1. Dari Segi Percakapan· Bercakap dengan sopan santun
· Bercakap dengan penuh hormat
· Merendahkan suara
· Menggunakan perkataan yang baik
· Menunjukkan muka yang manis
· Tidak membantah kata-kata mereka.
· Tidak menyakiti perasaan mereka.
2. Dari Segi Pergaulan· Mencium tangan mereka ketika hendak keluar
· Meminta izin mereka sebelum keluar
· Berdiri untuk memberi hormat kepada mereka
· Jagan menghulurkan kaki ke arah mereka
· Jangan menjamah makanan sebelum mereka makan
· Beradab sopan seperti berlemah-lembut, bergaul mesra dan menjaga perasaan mereka.
· Mengenang pengorbanan mereka seperti ibu mengandung, melahirkan dan menyusukan.
Bapa pula mendidik, mengasuh dan mencari rezeki.
· Menziarahi mereka dan selalu bertanya khabar.
· Memenuhi permintaan dan patuh dengan suruhan mereka yang tidak bertentangan Islam.

CARA BERBAKTI KEPADA IBU BAPA
1. Semasa Mereka Hidup· Membantu ketika diperluakn terutamanya ketika mereka sakit atau tua
· Selalu menziarahi mereka
· Mendoakan kesejahteraan bagi mereka
· Melayani mereka tanpa membiarkan mereka sedih dan kesunyian.
· Memberi sumbangan kebendaan, terutama ketika mereka dalam keadaan susah.
· Merawati mereka ketika sakit.
· Menjaga mereka ketika mereka tidak berdaya.
· Sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!
2. Setelah Mereka Meninggal Dunia
· Mendoakan agar Allah S.W.T.mengampuni dosa mereka
· Membayar hitang mereka sekiranya ada
· Melaksanakan wasiat mereka yang tidak bercanggah dengan syarak
· Berbuat baik kepada rakan mereka
· Berakhlak mulia demi menjaga maruah kedua ibu bapa. Mereka pasti bangga mempunyai KITA!


AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU BAPA
· Tidak mendapat keredhaan allah s.w.t
· Dibenci oleh allah s.w.t
· Tidak selamat hidup di dunia dan di akhirat
· Mendapat dosa besar
· Institusi keluarga akan hancur
· Masyarakat menjadi kucar-kacir
· Akan mendapat balasan azab neraka di akhirat

HIKMAH MENGHORMATI IBU BAPA
· Mendapat keredhaan, rahmat dan keampunan Allah S.W.T
· Dihormati dan dikasihi oleh manusia
· Memperoleh kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat
· Dikurniakan pahala yang banyak di sisi Allah S.W.T
· Jiwa tenang dan tenteram
· Ikatan kekeluargaan bertambah erat

sesungguhnya wajib ke atas kita menghormati ibu bapa, kerana adanya kita didunia ini adalah kerana adanya mereka..aku bersyukur kerana masih mempunyai ibu dan ayah lagi..terima kasih wahai ibu dan ayah kerana melahirkan aku, memberi aku pelajaran dunia dan ilmu akhirat..jasa kalian berdua tidak dapat dibalas dengan wang ringgit..
WAHAI SI ANAK..janganlah sesekali engkau menderhakai ibu bapa kamu kerana sudah pasti kamu akan mendapat balasan yang amat dasyat daripada ALLAH S.W.T..yang pastinya sifir dari ALLAH S.W.T itu adalah benar..jika kita menderhakai ibu bapa kita, tidak hairanlah suatu hari nanti anak-anak kita juga akan berbuat demikian..itulah yang dipanggil hukum karma.....
Sama-samalah kita berdoa kepada yang Maha Esa semoga kita semua menjadi anak yang soleh/solehah..aminnn...

No comments:

Post a Comment