Tuesday, March 12, 2013

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Soalan 1
Analisis perkembangan kanak-kanak disekolah rendah. Teori Psikoseksual Freud dan Teori Psikososial Erikson.

Sigmund Freud mempercayai bahawa personaliti seseorang dipengaruhi oleh perkembangan psikoseksual seseorang. Teori perkembangan psikoseksual ini adalah bersifat biologi dan melibatkan perkembangan tenaga seksual (libido) daripada satu peringkat ke satu peringkat yang lain. Perkembangan kanak-kanak akan menjadi tidak normal apabila seseorang kanak-kanak mengalami pengalaman yang merencatkan aliran tenaga tersebut. Keadaan ini dipanggil lekatan di mana ia akan membuat seseorang itu kurang berupaya berdepan dengan krisis dalam peringkat perkembangan seterusnya.
Menurut Freud, proses perkembangan seseorang individu telah ditentukan. Setiap kanak-kanak akan melalui lima peringkat perkembangan, iaitu peringkat oral, anal, falik, latensi dan genital.

·         Peringkat Oral (0 – 18 bulan)
Pada peringkat ini, personaliti bayi lebih tertumpu kepada id. Bayi dikawal oleh impuls biologi dan secara asasnya mementingkan diri sendiri. Mereka dikuasai sepenuhnya oleh naluri mereka.
Apabila bayi dilahirkan, kehendak mereka adalah makanan. Zon yang berkaitan dengan kehendak ini ialah mulut. Pada tahap ini, kepuasan segera diperolehi oleh bayi pada bahagian mulut kerana bayi dikawal oleh prinsip kenikmatan seperti menghisap, mengunyah dan menelan.
Apabila bayi menghisap susu, kawasan mulut akan mendapat stimulasi. Sekiranya pada tahap ini bayi menerima layanan yang baik dalam memenuhi kepuasannya, maka dikatakan trait personaliti sebagai individu yang optimistik, mesra, dan mudah kerjasama akan dilihat dalam diri individu tersebut. Namun begitu, sekiranya tidak dapat, maka dia akan terlekat di peringkat ini, dan mempunyai personaliti seperti pendiam, pasif, dan orang yang suka merokok adalah berpunca daripada masalah ini. Bayi yang lambat diperkenalkan kepada makanan yang keras akan terlekat pada peringkat mengigit. Masalah yang timbul apabila berlaku lekatan ini ialah individu yang bercakap kasar, agresif dan suka menggigit objek seperti kuku, pen dan sebagainya.

·         Peringkat Anal (18 bulan – 3 tahun)
      Peringkat ini juga dikenali sebagai peringkat dubul. Pada usia ini, zon kelazatan beralih ke kawasan dubur. Freud mempercayai bahawa kanak-kanak mendapat kelazatan daripada aktiviti mengawal pembuangan najis. Pada tahap ini, penumpuan tenaga libido ditumpukan pada bahagian-bahagian otot pembuangan najis yang melibatkan latihan tandas(toilet -training). Cara ibubapa menguruskan latihan tandas kepada kanak-kanak boleh mempengaruhi trait personaliti seseorang individu. Sekiranya latihan yang diberikan tidak sesuai, maka akan menimbulkan perasaan negatif pada kanak-kanak dan mewujudkan suasana anal agresif dan anal retentif. Anal agresif berlaku apabila kanak-kanak bertindak agresif terhadap kawalan ketat dan peraturan rigid yang dikenakan semasa latihan tandas dijalankan. Anak tidak akan mematuhi arahan dan bertindak membuang air di merata-rata. Tindakan ini akan melahirkan anak yang bersifat zalim, ganas, pemarah dan tidak berdisiplin apabila dewasa. Anal retentif pula berlaku akibat daripada perhatian yang berlebihan diberikan semasa anak membuang air. Keadaan ini akan melahirkan anak yang mematuhi arahan ibubapa dan tidak mempunyai pandangan sendiri. Tindakan ini boleh melahirkan anak yang kedekut, degil, terlalu mementingkan peraturan dan tidak mengendahkan masalah orang lain apabila dewasa kelak. Oleh itu, pada pandangan Freud, kanak-kanak pada peringkat ini perlu diberi peluang untuk berdikari, mempunyai automomi dan tahu mengawal diri sendiri.

·         Peringkat Falik (3 – 6 tahun)
Peringkat ini dinamakan sebagai peringkat kubul. Pada peringkat ini, kanak-kanak mula mengetahui tentang kejantinaan sama ada dirinya lelaki atau perempuan. Sember kepuasan libido berpindah kepada organ kejantinaan dan mendapat kepuasan dengan memegang kawasan kemaluannya.
Pada tahap ini, Freud mempercayai kanak-kanak lelaki akan mengalami Oedipus kompleks, di mana kanak-kanak lelaki menumpukan kasih sayang pada ibunya. Manakala bagi kanak-kanak perempuan, mereka akan mengalami Elektra kompleks, di mana berlakunya persaingan dengan ibu untuk mendapatkan kasih sayang bapa dan bersikap menentang ibu. Oleh itu, ibu bapa seharusnya peka terhadap perasaan anak. Bahagikan kasih sayang dan perhatian sama rata dan berlaku adil terhadap semua anak. Perlekatan pada tahap ini akan merenggangkan hubungan antara ibubapa dengan anak-anak.

·         Peringkat Latensi (6 – 12)
Peringkat ini merupakan peringkat di mana kanak-kanak mula bersosial. Mereka mula mengalihkan perhatian kepada orang lain selain daripada ibu bapa dan keluarga. Pada tahap ini, semua perasaan seksual dipendamkan dan diletakkan di aras bawah sedar. Kanak-kanak memberi penumpuan kepada kerja-kerja sekolah dan aktiviti-aktiviti lain. Mereka mempelajari tentang peranan jantina dan kanak-kanak lebih gemar berkawan dengan rakan yang sama jantina. Secara tidak sedar keadaan ini akan menguatkan lagi sifat kelakian pada kanak-kanak lelaki dan sifat kewanitaan kepada kanak-kanak perempuan. Tumpuan juga pada usaha berdaya tindak dengan persekitarannya. Pada peringkat ini, kanak-kanak perlu diberi peluang bergaul bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Ibubapa hanya perlu memerhati dan mengawasi aktiviti sosial anak mereka. Kanak-kanak yang tidak merasa kepuasan berkawan akan menunjukkan tingklah laku yang negatif apabila dewasa kelak. Mereka sukar bergaul, mengasingkan diri, suka menyendiri dan terkongkong.

·         Peringkat genital (Dari 12 tahun ke atas)
Tahap kejantinaan ini menampakkan kemunculan semula kecenderungan seks yang dialami semasa individu itu berada pada zaman kanak-kanak. Pada peringkat ini, remaja mula mengambil tahu dan menaruh minat terhadap rakan sebaya yang berlainan jantina. Pada waktu ini, remaja juga mula memikirkan isu berpasangan, perkahwinan, dan masa depan. Tenaga libido akan mendorong individu menaruh minat terhadap individu di luar keluarga yang berlainan jantina. Pada peringkat ini, kelenjar-kelenjar seksual sudah mula berfungsi dan melalui proses perkembangan serta berfungsi sebagai sumber kenikmatan dan kepuasan. Perasaan cinta kepada diri sendiri dan kepada orang lain mula wujud. Individu pada peringkat ini akan cuba memuaskan segala apa yang tidak dapat dicapai pada zaman kanak-kanak. Ini akan mengakibatkan pembentukan personaliti yang dihasilkan oleh konflik-konflik yang berlaku pada zaman kanak-kanak menonjol dan menjadi dominan. Sebagai kesimpulan, dalam usaha membentuk personaliti yang diinginkan, Freud percaya cara didikan dan layanan yang diterima oleh individu semenjak kecil sangat mempengaruhi personaliti seseorang. Oleh itu, ibubapa, guru dan masyarakat sekeliling perlu membantu perkembangan kendiri kanak-kanak supaya mereka dapat mengatasi konflik-konflik yang timbul pada setiap peringkat perkembangan.

Teori Perkembangan Psikososial  Erikson
Erikson telah menghasilkan Teori PerkembangannPsikososial (1950) yang mengandungi 8 tahap. Pada setiap tahap terdapat krisis yang perlu diatasi oelh seseorang kanak-kanak pada peringkat umur tersebut. Sekiranya dia gagal mengatasi krisis pada tahap tersebut, dia akan gaga pl terus pada tahap-tahap berikutnya. Tahap perkermbangan tersebut ialah:
1.      Tahap pertama (0-1 tahun)
Penbentukan perasaan percaya (basic trust) lawan tidak percaya (mistrust).
2.      Tahap kedua (1-3 tahun)
Tahap autonomi (autonomy) lawan rasa malu dan sangsi (shame and doubt).
3.      Tahap ketiga (3-6 tahun)
Tahap inisiatif (initiative) lawan rasa bersalah (guilt).
4.      Tahap keempat (6-12 tahun)
Tahap industri (industry) lawan rasa rendah diri (inferiority).
5.      Tahap kelima (12-20 tahun)
Tahap identiti (identity) lawan kekeliruan peranan (role confusion).
6.      Tahap keenam (20-40 tahun)
Tahap intimasi (intimacy) lawan pengasingan diri (isolation).
7.      Tahap ketujuh (40-65 tahun)
Tahap generativity lawan pemusatan kendiri (stagnation).
8.      Tahap kelapan (65 tahun ke atas – usia tua)
Kesepaduan ego (ego integrity) lawan putus asa (despair).

Oleh yang demikian, perkembangan bagi kanak-kanak di peringkat sekolah rendah mengikut teori ini berlaku pada tahap yang keempat iaitu tahap industry. Tanggungjawab kanak-kanak pada peringkat ini adal mengembangkan perasaan industry atau rajin dan mengelak daripada rasa rendah diri (inferiority). Pada tahap ini, kanak-kanak mula memasuki alam persekolahan, iaitu berada disekolah rendah. Kanak-kanak perlu menguasai kemahiran asas seperti membaca, menulis dan mengira. Pada tahap ini, guru dan rakan sebaya mempunyai pengaruh yang besar ke atas perkembangan kanak-kanak tersebut kerana sebahagian besar mereka dihabiskan disekolah dan bermain. Pemikiran mereka mulai mencapai operasi konkrit dam mereka berupaya membuat tranformasi dan pertalian antara dua situasi yang berkaitan dan mula berfikiran logik. Sekiranya kanak-kanak pada tahap ini diberi sesuatu tugasan atau aktiviti, mereka akan melakukannya dengan penuh minat dan tekun. Guru dan ibu bapa perlu memupuk sikap rajin dalam diri mereka . sebaliknya jika kanak-kanak tersebut sentiasa dimarahi dan dikritik dalam segala tugasan yang diberikan atau kerja-kerja yang dihasilkannya tidak dihargai akan menyebabkan kanak-kanak tersebut berasa rendah diri dan kurang yakin pada kebolehan diri sendiri. Jika ibu bapa dapat mengimbangkan antara memupuk kerajinan dan mengurangkan rasa rendah diri di kalangan anak-anak, mereka ini akan bersedia untuk bersaing atau menerima  cabaran-cabaran yang mendatang dalam hidupnya.



















Soalan 2
Gejala sosial menjadi isu yang selalu dibincangkan. Bincangkan dengan membuat perbandingan antara perspektif Kohlberg dan islam tentang isu moral.
Perbandingan antara perspektif Kohlberg dan islam berkaitan isu gejala social ialah:
Moral mengikut perspektif Kohlberg
Teori Kohlberg dikembangkan berasaskan perkembangan kognitif dalam Teori Piaget (Lester, 1997, dalam Woolfolk, 1997). Dalam kajiannya beliau telah mengemukakan dilema moral dalam usaha mendapatkan pandangan dan sikap kanak-kanak, remaja dan orang dewasa tentang morality. Kohlberg telah mengemukakan hipotetikal moral berdasarkan responden kajiannnya. Kohlberg juga mendapati gerak balas responden bukan sahaja berbeza mengikut peringkat umur tetapi juga berbeza alasan mengenai tindakan yang diambil.
Kohlberg telah membahagikan perongkat perkembangan moral kepada tiga peringkat yang utama dan setiap peringkat dipecahkan kepada dua tahap pula iaitu:
1)      Tahap Prakonvensional
Pada peringkat ini, Kholberg(1976) berpendapat perkembangan moral bergantung kepada faktor-faktor luaran, kanak-kanak perlu patuh untuk mengelakkan di hukum atau untuk mendapatkan hadiah. Orientasi faktor hukuman dan patuh ini adalah:-
·         Memotivasikan kanak-kanak untuk melakukan sesuatu yang bermoral bagi   mengelakkan hukuman.
·         Instrumental Purpose,dimana kanak-kanak percaya kepada undang-undang mana yang perlu diikut terutamanya pada perkara yang ada keseronokan (best interest) bila melakukan.Dalam peringkat ini, Kanak-kanak akan mengambil kira kepentingan orang lain meskipun keseronokan (best interest) tersebut membabitkan dirinya.

2)      Tahap Konvensional
Peringkat ini bermula seawall usia remaja 13 hingga 14. Pada peringkat ini individu lebih berusaha untuk memenangi pujian dan pengiktirafan bila melakukan perkara baik dan mempertahankan soaial order.Pada peringkat ini, wujud orientasi bersifat interpersonal orientation, iaitu membuat dan melakukan perkara baik lebih kepada hendak menyukakan orang lain atau individu akan lebih bermotivasi apabila orang lain melihat perkara yang mereka buat itu cantik dan baik. Orientasi ini kemudian  akan diikuti dengan sosial order maintenance orientation,iaitu indivividu atau remaja mula ada kepercayaan yang undang-undang perlu untuk mempertahankan social order dan sistem akan huru- hara sekiranya orang tidak mematuhi undang-undang.

3)      Tahap  Poskonvensional
Peringkat ini berlaku apabila individu mula komited terhadap set of princip yang dikongsi bersama piawaian moral yang di tanam dan menjadi sebahagian daripada diri individu. Tindakan moral individu lebih kepada patuh untuk menegakkan undang-undang dan kontrak yang melindungi hak orang ramai. Pada peringkat ini, individu sudah mula ada kesedaran dan keinginan untuk melakukan yang tebaik bagi memenuhi kepuasan orang ramai. Bagi Kohlberg, orientasi terakhir pada peringkat ini akan disebutUniversal Ethical Principle,iaitu menganggap baik dan buruk pada sesuatu perkara lebih kepada pilihan individu sendiri berbanding abstrak moral,prinsip keadilan universal dan hormat terhadap semua individu.Jadi apabila undang-undang yang melanggar prinsip moral maka individu perlulah bertindak mengikut prinsip moral berbanding dengan undang-undang yang digubal.
Jelaslah, perkembangan moral tidak dipelajari melalui imitasi atau penguatkuasaan atau di pengaruhi oleh budaya dan undang-undang  tertentu. Sebaliknya perkembangan moral adalah berdasarkan pada prinsip yang universal yang dikembangkan melalui variasi peringkat yang tidak bergantung pada budaya mana-mana individu itu dibesarkan(Richard dan Carol 2000). Selain pengalaman pembelajaran,proses perbentukan akhlak manusia juga  di pengaruhi oleh faktor-faktor  persekitaran di mana seseorang itu menjalani  kehidupan. Dalam ilmu pendidikan,Faktor-faktor ini di sebut  sebagai faktor pembelajaran sosial.



Moral mengikut Perpektif Islam
Sarjana-sarjana sains sosial memutuskan bahawa moral itu adalah sesuatu yang sering berubah-ubah sama seperti berubahnya pandangan hidup mereka dari suatu ketika ke suatu ketika. Kedudukan dan pentafsiran tentang moral ini amat berlainan sekali jika kita tinjau dari sudut pandangan Islam. Islam adalah satu cara hidup yang mana moral adalah salah satu dari perkara yang paling asas. Sebuah masyarakat Islam tidak akan dapat berdiri tanpa satu konsep moral yang jelas. Sebab itu Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda yang bermaksud " Sesungguhnya aku dibangkitkan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang mulia". Moral dalam istilah Barat adalah akhlak dalam istilah Islam. Kedua-duanya adalah sinonim.
Moral atau akhlak mengikut panafsiran Islam adalah sesuatu kelakuan yang baik berlandaskan ukuran Syariah, satu ukuran yang tetap yang tidak berubah mengikut keadaan dan waktu. Pendek kata tidak ada faktor luaran yang boleh mempengaruhi pandangan atau kriteria moral dalam Islam yang mana inilah perbezaan yang paling jelas di antara moral dalam pandangan Islam dan moral dari sudut pandangan sarjana-sarjana Sains Kemasyarakatan Barat.
Mengikut kriteria Islam, moral atau akhlak adalah kelakuan atau perbuatan yang selari atau tidak melanggar batas- batas peraturan akhlak yang ditetapkan oleh syariah Islam sepertimana yang banyak dihuraikan dalam disiplin Ilmu Tasauf. Sesuatu yang tidak berakhlak mengikut pandangan Islam adalah juga tidak berakhlak untuk masyarakat Islam, tidak kira samada ia masyarakat Arab atau masyarakat Melayu, India atau sebagainya. Penilaian ini juga tidak berubah mengikut zaman yang tertentu. Sesuatu yang tidak berakhlak pada sesuatu zaman adalah juga tidak berakhlak mengikut zaman lain, walaupun perbezaan zaman itu menjangkau beberapa abad lamanya. Menurut akal rasional, pandangan Islam terhadap akhlak ini adalah sesuatu yang paling wajar memandangkan sifat-sifat tabi'i manusia itu yang tidak berubah walaupun di mana dia berada, dalam masyarakat mana dia hidup atau dalam zaman mana dia dilahirkan. Dengan demikian kriteria moral dalam Islam jauh lebih sempurna berbanding dengan kriteria moral mengikut selera Barat. Kesempurnaan pandangan moral dalam Islam itu adalah sesuai dengan sifat semula jadi manusia yang tidak berubah mengikut keadaan, tempat dan zaman. Ia juga melambangkan kesempurnaan Islam termasuk kesempurnaan penciptaNya yang mencipta manusia itu sendiri. Ini memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama fitrah untuk semua manusia sesuai dengan sabda Rasulullah S. A. W yang bermaksud:
" Setiap anak yang dilahirkan itu adalah dalam keadaan fitrah, maka kedua ibu bapanyalah yang menjadikan dia Yahudi atau Nasrani atau Majusi."
Walaupun manusia boleh dipisahkan daripada bidang ilmu atau pemikiran, bahkan juga boleh dipisahkan daripada agama dan kepercayaan, tetapi tidak boleh dipisahkan dengan akhlak atau moral. Ini kerana setiap perbuatan, amalan atau tindakan yang diambil tidak terlepas atau terkeluar daripada lingkungan hukuman sama ada terhadap dirinya atau orang lain ataupun benda lain iaitu adakah baik atau tidak segala tindakan tersebut. Jika baik jawapannya perkara itu akan dilakukan tetapi jika jahat perkara itu akan ditinggalkan. Itulah akhlak yang baik. Tetapi jika sebaliknya yang dilakukan itulah akhlak yang buruk.
Dari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka.
Islam merangkumi aqidah, dan syariat itu mengandungi roh akhlak. Akhlak adalah roh kepada risalah Is
lam sementara syariat adalah lembaga jelmaan daripada roh tersebut. Ini bererti Islam tanpa akhlak seperti rangka yang tidak mempunyai isi, atau jasad yang tidak bernyawa. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud : "Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlakyang mulia."
Mereka  juga perlulah diberi pengetahuan dan juga maklumat bagi memastikan mereka mempunyai perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelektuDari sini ternyata kedudukan akhlak dalam kehidupan manusia sehingga di kalangan orang yang tidak bermoral mereka merasakan perlu adanya suatu akhlak yang diakui bersama oleh mereka supaya dapat mengatur kehidupan yang lebih baik menurut pandangan mereka.
Demikian juga Ibn Miskawaih, mengatakan bahawa moral manusia mengikuti perkembnagan daya-daya jiwanya seperti akal, hati dan nafsu.

No comments:

Post a Comment