RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( PEN.AGAMA ISLAM)
Tarikh                                      :  22 Februari 2013
Waktu                                     :  8.30 pg hingga 9.30 pagi  
Hari                                         :  Jumaat 
Mata Pelajaran                        :  Pendidikan Agama Islam  
Bilangan murid                       :  40 orang 
Kelas                                       :  Tingkatan 1
Bidang Tajuk                          :  Bersuci daripada najis 
Pengalaman Sedia ada            :  Murid mengetahui benda-benda kotor   
Objektif                                   :  Menyatakan definisi najis, jenis-jenis najis dan cara 
                                                   menyucikannya
Hasil pembelajaran                  :
·         Menerangkan pengertian najis dengan betul   
·         Murid dapat mengenal pasti jenis-jenis najis
·         Mengetahui cara-cara menyucikan najis
·         Mengenal alatan menyucikan najis
Penerapan nilai murni             :   Berhati-hati , prihatin, yakin diri, bekerjasama, berdisiplin           
                                                     Dan bertanggungjawab
BBM   
·         Kad bergambar
·         Kertas manila kad
·         Marker
·         Lcd
·         Powerpoint
KBKK                                                :   murid dapat membezakan jenis-jinis najis dan cara       
                                                    menyucikannya
MASA/LANGKAH 
 | 
KANDUNGAN 
 | 
AKTIVTI GURU 
 | 
      AKTIVITI       
       MURID 
 | 
       BAHAN    
       BANTU    
      BELAJAR 
 | 
PENILAIAN 
 | 
Set Induksi 
( 5 minit ) 
 | 
Menyenaraikan benda bersih dan kotor 
 | 
Guru menerangkan aktiviti yang akan dilaksanakan  
Guru membahagikan kumpulan, dan meminta pelajar untuk menyenaraikan 8 benda bersih dan kotor yang terdapat di sekeliling mereka.. 
 | 
Pelajar dikehendaki berbincang dan menyenaraikan 8 benda bersih dan kotor yang terdapat di sekeliling mereka. 
 | 
Kertas manila kad, 
marker 
 | 
Pelajar member tindakbalas yang positif dengan mengahasilkan kerja yang menarik 
 | 
Pengenalan 
( 10 minit ) 
 | 
Menerangkan pengertian najis 
 | 
Guru menerangkan pengertian najis bahasa dan istilah 
 | 
Pelajar dikehendaki membuat peta minda secara ringkas 
 | 
Kertas lembaran kerja 
 | 
Guru memantau hasil kerja murid dan membuat penilaian 
 | 
Pengembangan  
(10 minit ) 
 | 
Mengkategorikan jenis-jenis najis 
 | 
1.Guru memberi penerangan tentang najis dan kategori-kategorinya. ( najis mughallazah, najis mutawassitah dan najis mukhaffafah).  
2. Guru meminta pelajar untuk menyebut kembali kategori-kategori najis beserta pengertiannya.  
3. Guru memanggil pelajar secara rawak dan memintanya untuk memadankan gambar mengikut kategori najisnya dengan betul 
 | 
1.Pelajar diminta untuk mendengar dengan teliti tentang penerangan yang dibuat oleh guru.  
2. Pelajar menyebut kembali kategori najis. ( latih tubi)  
Pelajar memadankan gambar mengikut kategori najisnya dengan betul. 
 | 
LCD 
powerpoint 
 | 
Guru menilai pemahaman murid melalui sesi soal jawab di dalam kelas 
 | 
Pengukuhan  
( 10 minit ) 
 | 
1. Guru meminta pelajar untuk menceritakan pengalaman mereka membersihkan pakaian yang terkena najis.  
2. Guru menunjukkan video cara-cara yang betul bagi membersihkan diri daripada najis mengikut setiap kategori najis.   
3. Di dalam kumpulan, guru meminta pelajar untuk menyatakan bahan-bahan yang digunakan untuk proses membersihkan diri daripada najis.  
4. Guru meminta setiap kumpulan untuk membuat perbandingan bagi ketiga-tiga kategori najis tersebut. 
 | 
1. Murid menceritakan pengalaman membersihkan pakaian mereka yang terkena najis.  
2. Pelajar melihat dan mendengar video yang ditunjukkan oleh guru dengan teliti.  
3. Di dalam kumpulan, pelajar menyenaraikan bahan yang digunakan ketika membersihkan diri daripada najis.  
4. Setiap kumpulan membentangkan hasil kerja mereka iaitu perbezaan bagi ketiga-tiga kategori najis di hadapan kelas. 
 | 
Power point 
LCD 
Kertas manila kad 
Marker 
 | 
Guru melihat hasil lembaran kerja daripada murid 
 | |
Penutup 
 ( 5 minit ) 
 | 
1. Guru meminta pelajar menyebut kembali kategori-kategori najis dan cara menyucikannya yang telah dipelajari  
2. Guru menasihati murid supaya sentiasa menjaga kebersihan. 
 | 
Murid menyebut kembali kategori-kategori najis dan cara menyucikannya yang telah dipelajari. 
 | 
Guru menunjukkan beberapa contoh kerja pelajar yang terbaik  
 | 
No comments:
Post a Comment